Wednesday, August 27, 2008

Shopping Sakan

Minggu lepas saya lalu di jalan hadapan TESCO Melaka dan saya terpandang banyak poster ditampal pada papan dinding tanah sebelah yang dalam pembinaan. Oleh kerana jarak yang jauh saya tak dapat membaca dengan jelas tulisan tersebut. Sebeum ni saya sering tertanya-tanya apakah yang akan dibina ditanah yang luas itu. Dalam perjalanan balik saya berhenti untuk melihat dengan lebih dekat. Rupanya ialah perasmian oleh pasaraya baru oleh Datuk Ali Rustam.
Hati saya tertanya, ramai sangatkah orang Melaka hingga perlukan sebegitu banyak pasaraya besar. Berdekatan sudah ada TESCO dan Mydin 24jam.
Persepsi masyarakat umum rata-ratanya berpendapat harga di pasaraya besar lebih murah. Bagaimana nasib peniaga kecil terutamanya orang Melayu yang telah terkesan dengan kenaikan harga barang. Dengan adanya terlalu banyak pasaraya, semakin kurang daya saing peniaga kecil. Adakah Datuk Ali peduli dengan nasib peniaga Melayu?

Monday, August 25, 2008

Tahun Melawat Kelantan 2008

Sempena cuti sekolah baru-baru ni saya dan keluarga telah mengambil peluang bercuti ke Kelantan dan Terengganu. Kota Bahru (KB) memang merupakan tumpuan ketika cuti sekolah. Sebulan sebelum cuti sekolah semua hotel telah ditempah. Nasib baik saya dapat tempat di Hotel Temenggong. Beberapa tahun lepas saya semasa saya bercuti Kelantan saya tinggal di hotel Temenggong juga. Kadarnya berpatutan. Sesuai bagi saya yang boleh digolongkan dalam "budget traveller".
Saya sampai ke KB lewat malam Khamis. Hajat saya ialah untuk melihat kuliah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) pada pagi Jumaat tapi tak kesampaian. TGNA digantikan oleh penceramah yang tidak kurang hebatnya. Sekurang-kurangnya kami dapat melihat suasana kuliah tersebut yang tak ada di negeri lain. Pendengar duduk di atas jalanraya dan kaki lima bangunan.
Selain dari itu kami juga mengambil peluang pergi ketempat-tempat tumpuan. Memang banyak tempat yang boleh dilawati di KB dan tak boleh dihabiskan dalam masa 2 hari.
Malamnya kami makan malam di Medan Selera MPKB. Dalam lawatan kami yang lalu kami tertarik dengan kebersihan tandas awam disini (selalunya tandas awam dikaitkan dengan perkataan "kotor") jadi kali ni kami teringin membuat perbandingan tatapi malangnya kebersihannya telah merosot. Perlu diberi perhatian.
Kesimpulannya, Kelantan memang destinasi yang menarik untuk dilawati. Lagi pun dari Melaka ke sana tak ada tol. Harga makanan dan barangan pun berpatutan.
Kuala Terengganu(KT) mungkin tak sehebat KB. Saya tidak menempah mana-mana hotel, saya masih boleh mendapat bilik walaupun saya mula mencari hotel lepas 5petang Sabtu. Tempat tumpuan Pasar Payang. Tak berubah. Mungkin perlu fikirkan untuk menambah keselesaan kerana suasana dalamnya panas dan sempit.
Keseluruhannya kami berpuas hati dengan percutian kami.

Saturday, August 2, 2008

Seminar Blogger Melaka

Seminar blogger Melaka